11th July, 2017

Kehadiran

21/1 4/2 11/2 18/2 1/4 8/4 22/4 24/6
*1) 13218 Karen Huah Pian Yun 花翩芸 P5A 1 1 1 1 1 1 1 1
*2) 13186 Koay Sze Jye 郭思洁 P5A 1 1 1 1 1 1 1 0
*3) 13026 P’ng Yi Xuan 方昱璇 S5D 1 1 1 1 1 1 1 1
*4) 13152 Koay Xin Yuan 郭欣媛 S5J 1 1 1 1 1 1 1 1
*5) 14348 Cheah Cath Leen 谢洁霖 P4B 1 1 L 1 1 1 1 1
6) 14071 Lee Tang Yi 李棠仪 P4B
*7) 14269 Tan Hui Yin 陈慧盈 P4B 1 1 1 0 1 1 1 1
*8) 14057 Tan Yimin 陈翊旻 S4D 1 1 1 1 1 1 1 1
*9) 14181 Ho Hoong Quan 何虹筠 S4G 1 0 1 1 1 1 1 1
*10) 14307 Khoo Zhi Yi 邱子怡 S4J 1 1 1 1 1 1 1 1
*11) 14320 Tan Shan Ning 陈珊宁 S4J 1 1 1 1 1 1 1 1
12) 15226 Celine Ng Khe Ying 黄可盈 K3G 1 1 1 1 1 1 1 1
*13) 15085 Thin Lei 邓蕾 K3I 1 1 1 1 1 1 0 1
*14) 15282 Lai Pei Yi 黎佩宜 K3J 1 1 L 0 1 1 0 1
15) 15194 Yeoh Huei San 杨慧珊 K3J 1 0 0 1 0 0 0 1
*16) 15306 Lau Ke Ning 刘柯柠 K3L 1 1 1 1 1 1 1 1
17) 15219 Tan Yen Shin 陈艳欣 K3L 1 0 1 1 1 0 0
*18) 15275 Eunice Yap Yee Fan 叶亦凡 K3M 1 1 1 1 1 1 0 1
*19) 15292 Tan Zhe Me 陈芷蜜 K3N 1 1 1 1 1 1 0 1
20) 16009 Foo Jia Yun 符嘉芸 K2E 0 1 1 1 0 1 0 1
*21) 16226 Lye Wei Nie 赖威妮 K2E 1 1 1 1 1 1 1 1
22) 16232 Tan Hui Xuan 陈慧璇 K2E 1 L 0 1 1 0 0 1
23) 16213 Chew Pei Yean 周佩燕 K2F
24) 16233 Tong Jia Ying 唐嘉颖 K2H
*25) 16218 Heap Sen Li 叶绅俐 K2I 1 1 1 1 1 1 1 1
*26) 16231 Tan Chern Lynn 陈珍铃 K2I 1 1 1 1 1 1 1 1
27) 16214 Ch’ng Zhi Bing 庄智冰 K2J 1 1 1 1 1 0 0
*28) 16113 Teh Jiao Jun 郑姣君 K2J 1 1 1 1 1 1 1 1
29) 16327 Khoo Mei Qi 邱美琪 K2L 1 1 0 0 0 0 0 1
*30) 16324 Khor Paik Jing 许碧靖 K2L 1 1 0 1 0 1 0 1
*31) 16321 Wong Kar Yen 王䕒缘 K2L 1 1 1 1 1 0 1 1
*32) 16309 Loh Xuan Ying 骆宣颖 K2M 1 1 1 1 1 1 1 1
33) 16305 Tan Ern Xin 陈恩欣 K2M 1 0 0 0 0 0 0
34) 17007 Kheng Xin Yin 龚芯莹 K1A 1 L 1 1 0 0 1
35) 17072 Cheryl Kong Kit Yee 江洁仪 K1D 1 L 1 1 0 0 1
36) 17073 Choong Xin Yuan 钟欣圆 K1D
37) 17098 Evelyn Ong Zhi Man 王芷蔓 K1E 1 L 1 1 1 0 1 1
38) 17100 Francas Khor Wanqi 许菀淇 K1E 1 1 1 0 1 1 1
39) 17104 Lee Khai Shyan 李凯渲 K1E 1 1 1 1 1 1 1 1
40) 17115 Soon Wei Yun 孙蔚允 K1E 1 1 1 0 0 0 0 0
*41) 17114 Su Hui San 徐慧珊 K1E 1 1 1 1 1 1 L 0
42) 17119 Bernice Soo Jia Min 苏嘉敏 K1F
43) 17134 Png Yee Jie 方奕洁 K1F 1 0 1 1 1 1 1 0
44) 17135 Sara Choo Yi Ling 朱怡霖 K1F
45) 17151 Lim Wan Theng 林婉婷 K1G 1 1 1 0 0 1 1 1
46) 17160 Tan Ke Ying 陈可颖 K1G
47) 17158 Rachel Lee Wei Ying 李为楹 K1G 1 1 1 1 1 1 1
48) 17171 Khaw Ru Ting 许茹婷 K1H 1 L 1 1 1 1 1 1
49) 17170 Khaw Hui Wen 许卉雯 K1H 1 1 1 1 1 1 0
50) 17189 Brianna Teh 郑炜姗 K1I 1 1 1 1 0 1 1 1
51) 17196 Lee Jia Chien 李嘉倩 K1I
52) 17209 Chan Lee Yi 曾莉贻 K1J 1 1 1 1 1 1 0 1
53) 17222 Ooi Zheng Yin 黄铮胤 K1J 1 1 1 1 0 0 L 1
54) 17255 Lim Jia Hui 林珈卉 K1L 1 1 1 1 1 1 1
55) 17261 Tan Joey 陈柔妤 K1L 1 1 1 1 0 0 1 1
56) 17264 Wong Zing Qian 王瀞仟 K1L 0 0 0 1 0 0 1
57) 17272 Jenna Wong Ruo Ci 黄若慈 K1M 1 0 1 0 0 1 1
58) 17256 Pang Chong Wei K1M

Posted at 12:19 am | Comment (0)

10th July, 2017

Perlembagaan Kelab Drama

KELAB DRAMA

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

PENDAFTARAN /2011/SMJKPCPP

 

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

 

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Bola Tampar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

 

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

 

  1. Nama Persatuan: Kelab Drama

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang

  1. Alamat: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang, 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.

 

PERATURAN 2 MATLAMAT

 

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara

seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

PERATURAN 3 OBJEKTIF

 

3.1       Supaya ahli dapat meningkatkan kemahiran diri dalam bidang sukan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan berdisiplin.

 

3.2       Ahli-ahli Kelab Drama akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviiti yang diceburi.

 

PERATURAN 4 KEAHLIAN

 

4.1       Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

 

4.2       Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan dan mendaftar di kaunter pada Hari Pendaftaran Ko-kurikulum.

 

4.3       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

 

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

 

5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

 

5.2       Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

 

5.3       Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

 

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

 

6.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

 

6.2       Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

 

6.3       Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

 

6.4       Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

 

6.5       Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

 

6.6       Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

 

6.6.1    Pengerusi

6.6.2    Naib Pengerusi

6.6.3    Setiausaha

6.6.4    Penolong Setiausaha

6.6.5    Bendahari

6.6.6    Penolong Bendahari

6.6.7    Ketua Disiplin

6.6.8    Ketua Projek Hijau

6.6.9    Ahli Jawatankuasa ( 4 orang )

 

 

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

 

7.1       Pengerusi

 

7.1.1    Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

 

7.1.2    Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

 

7.1.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

7.2       Naib Pengerusi

 

7.2.1    Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

 

7.2.2    Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

 

7.2.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

 

 

 

7.3 Setiausaha

 

7.3.1    Menguruskan hal-hal surat menyurat.

 

7.3.2    Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan .

 

7.3.3    Mencatat kehadiran ahli

 

7.3.4    Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

 

7.3.5    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

7.4 Penolong Setiausaha

 

7.4.1    Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

 

7.4.2    Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

 

7.4.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

7.5 Bendahari

 

7.5.1    Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

 

7.5.2    Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

 

7.5.3    Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

 

7.5.4    Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

 

7.5.5    Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

 

7.5.6    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1    Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

 

7.6.2    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

7.7 Ketua Disiplin

7.7.1    Memastikan semua ahli berdisiplin semasa aktiviti dijalankan.

 

7.7.2    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

 

7.8 Ketua Projek Hijau

7.8.1    Melaksanakan Projek Hijau dan memastikan kebersihan dijalankan.

 

7.8.2    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

7.9 Ahli Jawatankuasa

7.9.1    Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

 

7.9.2    Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

 

7.9.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

 

 

PERATURAN 8 KEWANGAN

 

8.1       Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

 

8.2       Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

 

8.3       Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

 

 

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

 

9.1       Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

 

 

PERATURAN 10 AKTIVITI

 

10.1     Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

 

10.2     Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

 

 

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

 

11.1     Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

 

11.2     Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3     Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

 

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

 

12.1     Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 

12.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

 

12.3     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

 

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

 

13.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga bahagian itu dipinda.

 

13.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

 

13.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

 

13.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

 

 

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1     Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

 

14.2     Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

 

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

 

15.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2    Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

 

 

 

 

 

 

Posted at 10:58 pm | Comment (0)